Buku/Books

BOOKS

lebih baik makan ini

Sinopsis


Gaya hidup kini menyebabkan ramai yang memilih untuk makan di luar berbanding memasak sendiri di rumah. Setelah seharian bekerja, pastinya lebih mudah dan menjimatkan masa serta tenaga jika memilih untuk makan di luar. Hakikatnya, sangat mudah untuk memilih makan di luar kerana banyak gerai dan restoran yang menyediakan pelbagai jenis makanan kepada pelanggan. Kewujudan buku ini adalah untuk memberi maklumat dan panduan kepada pengguna supaya makan secara sihat ketika makan di luar.

ISBN : 978-967-388-174-1

RM17

food atlas

Synopsis

The Atlas is designed as a teaching aid for health professionals and those involved in food preparations in the estimation of food intake, menu planning and nutrition education. It is a valuable teaching aid for individual counselling session and estimation of food portion in dietary surveys. The 3rd Edition over 360 food items with photos. Nasi Arab, Nasi Ayam Penyet, Durian Crepe and many more being added in this edition. Also type of beverages and list of food with flavonoid content.

ISBN: 9789677014587

RM100

Cover pemakanan sunnah

Sinopsis

MENGAPAKAH ANDA PERLU MEMILIKI BUKU "INDAHNYA PEMAKANAN & PERUBATAN ISLAM"

*Dapat menghayati kebesaran Allah SWT menerusi ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW tentang tumbuhan dan makanan.

*Memperkenalkan maklumat baharu tentang dunia tumbuhan yang berada disekeliling kita.

*Boleh dijadikan rujukan kepada para pelajar dalam menghasilkan kajian dalam bidang berkaitan.

*Menyediakan panduan kepada para pengamal perubatan alternatif.

 *Perkongsian maklumat bersama seisi keluarga dan rakan-rakan.

ISBN : 9789673881925

 

RM70

scan-16

Sinopsis

Setiap ibu bapa menginginkan anak mereka sihat dan mendapat semua zat yang diperlukan oleh tubuh. Namun, sering kali kedengaran ibu bapa meluahkan kebimbangan mereka apabila si kecil berumur 2 hingga 5 tahun terlalu memilih makanan. Kadangkala ibu bapa kehabisan idea bagaimana untuk menarik minat anak mereka untuk makan terutama makanan yang berkhasiat. Memahami masalah yang dialami oleh ibu bapa ini, maka buku ini ditulis khas untuk kanak-kanak yang terlalu memilih makanan atau cerewet untuk makan. Sebanyak 66 resipi menarik dan berkhasiat telah disediakan khas untuk kanak-kanak yang cerewet untuk makan. Buku ini turut menyelitkan teknik berkomunikasi yang boleh menjadi panduan semasa berkomunikasi dengan anak ketika makan.

ISBN : 978-967-388-157-4

RM22

tahniah anda hamil

Sinopsis
Anak ialah anugerah yang berharga kepada setiap pasangan. Kurniaan ini perlu dihargai dengan memberi penekanan terhadap perkembangannya sejak awal kehamilan sehingga selepas kelahiran. Buku “Tahniah, Anda Hamil!” ini hadir untuk membantu semua golongan masyarakat khususnya para ibu dalam mengetahui proses kehamilan yang betul dan penjagaan bayi menurut peringkat umur sehingga usia 3 tahun. Apabila kaedah didikannya benar-benar dilaksanakan mengikut kombinasi antara acuan Islam serta kaedah semasa, mudah-mudahan anak tersebut akan membesar dengan baik dan menjadi seorang Muslim yang sejati.

ISBN :978-967-388-199-4

RM69

promo-buku-atlas

Sinopsis ATLAS MAKANAN BAYI & KANAK-KANAK

Menentukan jenis dan menganggar kuantiti makanan bayi dan kanak-kanak seringkali mencabar kerana corak pengambilan yang berbeza dengan golongan dewasa. Atlas ini direkabentuk untuk kegunaan profesional kesihatan sebagai alat bantuan pandang-dengar dalam menganggar pengambilan makanan, merancang menu dan menyampaikan pendidikan pemakanan. Buku ini juga berguna sebagai panduan kepada ibu bapa atau penjaga kepada bayi dan kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 5 tahun untuk menyediakan makanan serta menentukan pertumbuhan mereka.

ISBN:978-967-141-050-9

RM60